"sebumbung kita menimba ilmu, setahun kita berkongsi guru, selamanya aku sayang kamu" -the avicenna's admin
Assalamualaikum wbt ...
Good morning guys =D
Pagi ni tetiba terasa nak menulis tentang my ex-classmates . Rindu kononnya . Tahun lepas (2014) aku ditempatkan di kelas 5 ibnu sina . Kelas aliran sains yang ketiga . Okay , first time tau dapat kelas ni memang dah tak tentu arah dah . Takut , nervous semua ada . Sebab kebanyakan boys memang tak pernah nak bertegur sapa dengan aku , ada boys kelas ni musuh lama aku time form 2 , and ada jugak budak baru masuk time form 4 . Oh memang laa aku risau . Sebab tak berapa nak kamcheng dengan bebudak ni .
Nak mencantikkan cerita , girls semuanya yang sekepala dengan aku . Alhamdulillah . Kelas aku ni penghuninya sikit je . Lelaki 8 orang . Perempuan 9 orang . Memang kalau duduk sebumbung setahun , mesti boleh kamcheng punya lah . Malam tu lepas maghrib , aku ingat lagi , malam prep first kami sebagai classmates . Tapi aras kelas kami blackout so tak dapat laa nak beramah mesra bagai kan *bajet baru form 1 nak berkenalan padahal dah form 5 HAHAHA
Kami pun masuk kelas ambik beg lepastu keluar , balik asrama la jawabnya . ehh betul ke ? hehe ntah laa tak ingat la pulak boleh balik asrama ke tak .
Pagi tu pakat tunduk menyembah meja lah semua , sebab apa ? Yaa ! Pandai . Homework yang cikgu bagi time akhir tahun form 4 tak siap lagi . Haha . Then kami pun dapat tau laa Cg Abu Khori tu guru kelas kami . Kami pun macam tak percaya . Awal tahun tu salah sorang ahli kelas kami berpindah ke sekolah lain atas sebab-sebab yang tertentu . Muhammad Afif Bolia namanya . So tinggal la 7 orang lelaki penyeri kelas kami HAHA .
So sebelum aku sambung cerita merapu aku ni , meh aku perkenalkan seorang demi seorang ye . Kita start dengan aku dulu ler . Aku kan tuan blog ni . Suka hati aku le . Haha .
|
Okay , ni aku . Aku budak paling coolstuff sekali . Tak femes hahaha . Aku dikenali sbg emmmm ntah laa . Budak paling kecik n pendek kut ? muehehe . Mana laa aku tau apa expectation mereka kan hihihi tapi najem cakap aku suka lenaa sampai tersengguk-sengguk HAHAHA . |
|
Ni Khalisa . Merangkap geng kaki lep & kaki lepak sekali dengan aku . HAHA (tapi kami lep time form 4 je , form 5 dah insaf) Sekelas dengan dia dah 3 tahun tau . Friendship tuu memang kukuh la . Kawan baik aku jugak . Selalu pinjamkan bahu untuk aku nanges . Ehem dia ni doktor cinta aku tau hehehe . sporting orangnya . Kalau nak ke kantin memang aku selalu je teman dia sebab depa cakap aku kuat makan . |
|
Ni pulak Fahimah namanya . Tukang kutip duet kelas kami . Kekadang kami panggil dia Jen Dabo sebab dia setaf sarjan hahaha . Serius je memanjang sampai budak laki nak tegur pun takut . Dia ni duduk sebelah aku dalam kelas . Dia ni selalu jadi mangsa nak dengar aku bersembang potpetpotpet sebab emm emm aku ni bukan suka sangat kalau diam so aku pun suka sangat laa bercerita hehehe . |
|
Yang kiri tu Adila , budak paling diam n paling sopan emm emm aku mana reti diam huhu sob sob . Yang kanan pakai spek tersenyum bahagia tu namanya Wan Aida , paling putih segak ooo . Kami suka kacau dia and dia pun suka layan perangai kami hehe . |
|
Yang tersenyum sambil pegang bunga manggar tu Suhaila , Kami panggil dia Sue . Budak yang rajen n selalu siap kerja sekolah tak macam aku selalu je kena denda huhu . Homework dia ni selalu jadi bahan rujukan kami geng tak siap homework . |
|
Yang pegang sepanduk tu Fatimah . Nickname Timah . Kecik-kecik comel je tapi kalau tak bising sehari bukan Timah namanya . Satu lg specialnya dia ni , femes sebab dia suka tidur anytime anywhere walaupun cikgu garang tengah mengajar . Cehh aku pun salah sorang ratu tidur jugak . HAHA |
|
Yang kiut miut ni Fatin Atirah . Paling comel and kekadang aku nak jugak comel macam dia . hehe . Penolong ketua kelas kami . Baik budaknya . Kami panggil dia Atin . HAHA . Tapi dia ni suka beletiaq bak kata bebudak kelas aku . Pandai addmath tau ! |
|
Here is Afiqah Saad . Peramah and pendiam . bergantung pada situasi , budak pandai ni . expert Chemistry n Biology . Dia matang . Tak macam aku hehe . Sukakan situasi yang senyap . Dua tahun sekelas n se dorm dengan dia . Memang kenal sangat laa kan . Walaupun pernah gaduh-gaduh manja acewahh tapi aku tetap sayang dia . |
Okay cerita pasal budak perempuan dah habes , walaupun terasa banyak sangat nak cerita pahit manis suka duka kami . Now , jom berkenalan dengan jejaka-jejaka avicenna ye .
|
Okay anak-anak , tengok yang baju coklat yang tengah-tengah tu ye . Nama diberi Safirul . Kami panggil dia P-rul . Dia ni bising la jugak . Kalau diam tu lenaa la tu . Sporting tau . Jejaka idaman cewahh . Dia ni MPP dalam kelas kami . Bertanggungjawab , baik , hensem hahahaha sikit-skit dah la puji nanti kembang pulak . Jangan kacau ! Dah berpunya tau . hihi . |
|
Budak kecik comey ni nama dia najmi rasyidun . Baru kenal dia time aku form 4 , budak baru ni . Eh ingatkan pendiam , rupanya peramah le jugak . Kami panggil dia Najem . Najem ni dari semalam aku mintak gambar dia , tak bagi pun last-last aku curi je dari wichet . Harap maap hehehe . Dia ni baik dengan aku . Tapi suka jugak kata dekat aku ehemm ehemm . Hahahaha dia ni budak hot harap maklum =D |
|
Yang sebelah kanan tu Amirul . Dia ni macam bebudak lelaki yang lain jugak laa , sporting , gila-gila , kiranya kalau aku tak siap homework , dia pun mesti geng aku . Geng didenda bersamaa hehehe . Jangan kacau tau . Dia pun dah berpunya . Kami panggil dia Am . Am kalau tak masuk kelas sehari , sunyi laa kami . Tak lengkap lah katakan . Am ni suka buat ayat pasrah . HAHA . Hoi am ! Aku tak lupa laa kawan-kawan aku . hehe |
|
Haha . Ni Ridhwani . Rumah dia dekat dengan rumah aku . And aku pun baru tau rumah dia dekat dengan rumah aku . Kesiann . Dia pendiam . Dalam kelas laa . Tapi dalam dorm sure bising punya la . Comel kan comel kan ? Haha . Dia ni baik , jumpa aku kat masjid sik pun tegur . Peramah dah sekarang . Dalam group pun riuh jugak kekadang . Kiranya dalam kelas ni nampak baik n innocent je budaknya . HEHE . Nicknamenya Wani . Tapi aku save number dia Acikk sebab budak-budak kuala nerang panggil dia acik kalau tak silap laa . (maap kalau aku auta)
Finally , bila aku meronda-ronda cari gambar faris n zaim tak jumpa-jumpa . So aku pun malas la nak upload . Lagipun dengan tahap internet berkelajuan 40km/h , malas la nak paksa internet aku yang dah kerepot tuu kesian dia nanti .
Sambung cerita yang tergendala tadi , aku tak tau la bebudak tu ingat ke tak , tapi kami budak perempuan dengan boys ada gaduh tau time awal-awal tahun tuu , gaduh time sambutan maulidurrasul pulak tu . Kononnya berebut nak buat sepanduk apa ntah HAHA nampak kan tak matang kat situ ?
Aku pun ingat-ingat lupa lah time tu , tapi budak lelaki ada marah dekat kami sebab kami asyik buat homework je , tak tolong bersihkan kelas n hias kelas pun . Then lepas Isyak malam tu , kami balik kelas terus hias kelas konon nak buktikan kami bukan pemalas n kami tak mau cari gaduh . HAHAHAHAHA . Lama-lama lepas tu , kami pun makin berbaik laa dengan jejaka-jejaka tu . Girls kelas lain be like "wehh , hampaa biaq betoi kamcheng giler dengan bebudak tu? taun lepas bebudak tu bukan bergaul dengan perempuan pun"
HAHA . Itulah yang dikatakan persahabatan .
Aku pun tak sangka kami boleh je rapat macam budak kelas lain . Walaupun kami selalu buat masalah , tak siap homework , tapi itulah yang menjadikan kami rapat .
Aku tulis dalam ni bukan nak show off , belagak ke apa , aku takut suatu hari nanti aku terlupa tentang mereka . Aku takut aku terlupa kenangan dengan avicennas yang banyak menceriakan hidup aku . Aku takut suatu hari nanti aku hilang ingatan , kenangan seindah ini turut hilang . At least kalau aku terlupa , penulisan aku sendiri boleh ingatkan aku ='D
Am , Zaim , Najem , Wani , Prul , Faris , Khall , Pkah , Sue , Wanaiy , Timah , Atin , Fahimah n Adila , terimakasih kerana hadir dalam hidup seorang Nur Nadhirah Afifah binti Hussain . Aku sayang hampaa wehh . Dalam 5 tahun aku hidup kat SMKAS , sekelas dengan hampaa lh kenangan yang paling aku tak boleh nak lupa . Kita rapat . Macam adik-beradik 'bila dekat bergaduh, bila jauh merindu'
Nanti aku akan post part 2 pulak , ada banyak lagi nak throwback ni tau . Haha . Aku rindu sayang kaliann =)
Apapapun , thanks melawat blog aku yang tak seberapa ni , enjoy the pictures yaa !
Teh ais seludup =D
|
Sekian coretan kali ini .
haa teh ais seludup ustz rodzi tgok depa ni :P
ReplyDeleteHaip haipp ! jangan kasi tau lh ! ini rahsia =P
ReplyDeletetahun 2019 aku baru jumpa benda alah ni, gelak tengok diri sendiri, hala2 😂
ReplyDelete