THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

biri-II clock

i am not too old,you know!

Daisypath Happy Birthday tickers

I.N.I.B.L.O.G.S.A.Y.A

Wednesday, 20 May 2015

avicenna part 2

Ada beribu bintang tetapi bulan hanya satu,
ada ramai teman tapi sahabat terbaik adalah dirimu, melupakanku terserah bagimu tetapi melupakanmu tidak bagiku :)

assalamualaikum uolls =D

ni nak bagitau ni , emm , makin dekat tarikh nak sambung study , makin teringat kat ex-classmates . sob sob :'|

tak pernah lagi ex-classmates meninggalkan kesan mendalam kat jiwa aku yang selembut softlan ni . huhu . mungkin sebab ahli kelas kami yang sedikit membuatkan kami rapat , sangat rapat macam adik-beradik .

thanks guys sebab meriuhkan group whatsapp yang aku buat tu . walaupun kita just sembang merapu , merepek tapi aku tetap terharu , you guys still jaga ukhuwah kita . still ingat friendship kita yang makin rapat after setahun kita study sebumbung :'D

hari isnin baru-baru ni , kami ahli the avicennas planning nak puasa . ye laa bulan rejab dah nak habis , so kami pun planning la nak puasa sama-sama . ada laa dalam 5-6 orang kut yang join . it's okay laa tapi kemanisan ukhuwah tu tetap aku rasa . terharu sangat . guys ! hampaa romantik sangat >< haha

so , waktu sahur tu , katanya nak sahur sama-sama , rumah masing-masing laa tapi dalam group whatsapp sibuk post "aku tengah sahur ni, jom la join" *contohayatyangdireka
so literally sahur sama-sama la kan . jarak memisahkan tapi hati tetap bersama cewahh ! ada sorang kawan aku ni , dia tukang kejut kami bangun sahur . TAPI haaaaaa aku silent fon memang terbabas la sahur aku . HAHA . bangun tu tengok ada 5 missed call 
*check fon : "ehh amirul call? 5 pagi? ohh dia nak kejut aku sahur tadi"
ngehh3~ 

Thanks to Am sebab tolong kejutkan kami bangun . heeee~
jasamu dikenang tau !

time berbuka tu lagi riuh , sibuk send pic juadah berbuka masing-masing . comel kan kami ? hihi .

setiap hari ada je topik nak diriuhkan . tapi hmmmm tu la mungkin dua tiga hari lepas ni dah tak boleh nak riuh dah , masing-masing sibuk nak buat preparation sambung study . ramai budak kelas aku dah nak daftar matrik 24/5 and 25/5 ni . aku je laa yang lambat sikit . aku daftar 2/6 ni .

bila duduk mereput sorang-sorang ni , teringat la balik saat-saat indah kami bersama time form 5 taun lepas . ehh , banyak tau suka duka kami lalui bersama ! haaaa ni dah kenapa ntah aku asyik teringat je satu moment yang kamera aku kena rampas tu . haaaa ni detik paling bersejarah , aksi paling berani yang pernah aku buat . hihiks ><

**************************************

Waktu tu waktu Pendidikan Syariah Islamiah , Ustazah shopiah yang maintain ala-ala garang tapi sporting sibuk bertanyakan soalan syariah bla bla bla kepada kami . Lepas tu , ustazah denda sorang kawan aku ni , Amirul namanya . Am disuruh pegang buku teks syariah and berdiri kat pintu depan kelas kami sebab dia tak dapat jawab soalan kut . hihi *sengih sorang-sorang bila teringat balik .

then dengan aksi berani , aku bawak keluar camera aku yang memang 24/7 aku bawak dalam beg sekolah , aku angkat and snap sikit gambar am yang tengah didenda tu . alaa hobi aku memang snap snap gambar orang pun . dari form 2 lagi memang aku suka ambil gambar orang tapi tak pernah kantoi pun hihiks ><
 then , aku simpan dalam beg . dalam hati sempat berkata *fuh selamat ustazah tak perasaan aksi berani cari pasal aku tu

then tetiba kawan aku , timah namanya , dia mintak camera aku , nak tengok gambar am la kononnya
"nad , nak tengok camera"

aku pun tanpa rasa curiga , bagi je lah . tempat timah tu kat belakang , so ustazah tak perasan lah kot .

*********beberapa minit kemudian*********

aku nampak ustazah shopiah dengan bergayanya melangkah kearah timah *and dalam hati aku , timahhh !! angkat kepala cepat ! ustazah on the way !

tapi malangnya disebabkan terlalu khusyuk menatap gambar-gambar dalam camera aku , akhirnya ustazah berjaya merampas camera tersebut daripada timah .

and kami sekelas be like "alamakkkkkkk!!!!!"

especially aku ! sebab tu camera aku ! and gambar-gambar dalam tu terlalu sadis untuk diceritakan . HAHA

then ustazah pun menyangkakan timah yang mengambil gambar-gambar am yang didenda tu :'| kesian timah ! tapi lagi kesian kat aku :'[

lepas habis waktu syariah , then kami pun riuh sekelas , masing-masing mengucapkan takziah atas harta aku yang dirampas dengan divanya . sob sob
timah bersalah sangat sampai nanges-nanges dia mintak maaf kat aku . kesian . hmmm puas kami pujuk ustazah petang tu sampai lewat masuk tusyen . ye laa bukan senang nak dapat harta rampasan tu balik .
puas aku berdrama dalam bilik guru tu , malu wehh ! HAHAHA


nasib baik laa classmates aku temankan , ramai jugak laa , kami 4 orang kut yang merayu-rayu dalam bilik guru tu . akibatnya ramai laa kami yang lambat masuk tusyen fizik petang tu . tapi setelah hampir sejam merayu , akhirnya kami dapat balik camera samsung aku tu . but , ustazah tengok semua gambar dalam camera tu ! dushh dushh memalukan ! hambekk kau !
fuhh lega sebab ustazah merahsiakan segalanya . hiks :D

and lepas tu aku dah serik nak snap snap pic dalam kelas . bawak tu tetap bawak jugak , simpan dalam beg . hihi . aku memang naughty pun [peace]

bila masuk kelas tusyen , semua memandang aku dengan riak "dapat balik camera ?"

aku senyum dengan maksud tersirat "dapat"
So , itulah kisah aku dan avicenna .
actually aku nak tunjuk sikit gambar am yang aku snap tu , tapi dia tak kasi . hihi . okay lah .
bubye uolls .

with love , nad xD


ke kuantan kah kita ?

Assalamualaikum wbt...

Holla~ hye guys . Actually lama dah aku check website uitm tuu , and aku dapat uitm kuantan , which yang memang aku harap tak dapat sebab jauh T_T uitm ni paling jauh antara semua uitm yang ada kos TESL ni . Lagipun kat malaysia ni ada 3 je uitm untuk kos tesl ni , which are uitm shah alam , lendu and kuantan . Ehh tetiba je aku dapat yang paling jauh . Tapi takpe , memang la aku nak pergi , jauh pun jauh laa T_T Btw , Alhamdulillah atas rezekiNya .
Excited la sangat . Hmm kalau aku homesick nanti korang tolong la pujuk kay .
Plis plis *heeee~

And guess what ? Aku dapat boyfriend baru la uolls :D Baru dapat 19 Mei haritu . Ehem dia baik sangat tau ! Hensem pulak tu . Kaler putih , jenama ASUS kay .
Haaaa , pikir apa tu ? Ngeee~

Boyfriend Asus aku ni bukan handphone tau , laptop lahh . Kihkihkih .
Aku sayang dia sangat-sangat sebab mak ayah yang share duit belikan .
Ye laa , parents bagi untuk guna nak sambung study , kena la jaga dengan rapi . Ye tak ? Okay la , now tinggal 12 hari lagi nak duduk my homie sweet homiee ni . Jumpa lagi nanti kay :D

Wednesday, 6 May 2015

draft

Akhirnya post beberapa minit yang lalu aku draftkan . Mudahnya air mataku jatuh pagi ini . Sakit hati mungkin .
Cemburu ? Mungkin jugak , tapi lebih kepada kecewa , patah hati , dendam ? Yeah ! 
Tapi aku serahkan pada Allah , biar Dia yang membalas kesakitan yang aku rasa .

Nak memberontak pun tak berguna , aku yang bersalah . I was the one who should be blame at the first place . Sebab maruah aku letak terlalu murah sampai maruah aku dipijak-pijak . Masihkah aku dapat berubah ? Masih sempatkah aku untuk memperbetulkan apa yang salah ?
And , aku harap aku dapat kekuatan untuk berubah :'| walaupun sedikit terlambat .

Allah , aku banyak dosa . Ampunkan aku .

Rezeki ^^

#i'm crying for happiness


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah , kalau rezeki tak kemana . Maybe post kali ni bersambung daripada post bertarikh 21 April yang lalu . Maybe .
So , post yang lalu , aku ada tulis about interview asasi tesl yang aku pergi kat uitm merbok tu .
So , harini , UPU result dah boleh check start pukul 12 p.m. and aku tak check lagi at that time when kawan-kawan aku tengah riuh like "hang dapat uni mana?" "hang dapat kos apa?"
and all those stuffs , aku be like 'ERGHH MALASNYA NAK CHECK , TAKUT KECEWA'

Then , kakak aku whatsapp , dia suruh aku check , well memandangkan now aku ada kat penang , rumah kakak , so kakak laa yang selalu text aku pun bila dia pergi kerja .
Dengan perasaan cuak , aku pun check laa dekat website ni
https://jpt.ums.edu.my/asasi.aspx


Jeng jeng jeng ~
And guess what ? Aku dapat UiTM with TESL Foundation Course . Just tak tahu UiTM mana yang akan diorang bagi kat aku . Esok baru tahu dapat UiTM mana , whether Shah Alam , Lendu,Melaka , or Kuantan,Pahang . Time aku check tu dalam pukul 12.50 p.m. And seriously aku terkejut sangat-sangat , Aku nanges tengok website tu . Lama aku nanges tengok apa yang dia tulis , otak aku slow-slow cuba cerna apa yang aku tengok dengan mata aku tu . Mungkin sebab aku terlalu mengharapkan kos ni , and tetiba je dengan izin Allah , aku dapat . Allahu~


Memang tak percaya , sebab SPM result aku biasa-biasa je .
During the iv pun aku ada tergagap-gagap nak karang ayat speaking dengan lecturer tu . 
Tak sia-sia aku minta kat Allah , supaya aku dapat kos ni . And aku harap , ni satu permulaan untuk aku bantu family aku yang biasa-biasa je ni .
Yeah , aku akan bantu family aku , banggakan mak ayah , aku akan study sungguh-sungguh sebab ni baru permulaan . 

And i'll prove to those who loves judging people , that straight A's in SPM is not everything !


And , seperti yang semua orang tahu , aku memang minat sangat-sangat asasi tesl kat uitm ni , sejak habis je SPM , belum dapat result lagi , aku dah sibuk-sibuk buat research tentang tesl ni . Punya la aku obses dengan kos ni sampai aku baca je semua pengalaman yang diorang share dekat blog pasal temuduga tesl ni . Beli je number pin UPU , tanpa fikir panjang , aku terus isi je #ASASI TESL as the first option .


Alhamdulillah , mungkin rezeki aku kat sana . Aku dapat jugak matrik , tapi aku seriously segan nak pergi , sebab ramai budak sekolah menengah aku dapat matrik sama dengan aku . And aku actually segan nak jumpa diorang balik . Eh , bukan sombong tau , segan je .


Even parents aku megharap aku dapat IPG , and aku tahu actually susah nak terpilih masuk IPG when during the ipg iv , aku rasa susah la sikit berbanding iv tesl haritu . Apapapun, sementara tunggu result IPG , aku nak pergi UiTM . Muktamad .

So , nanti aku akan bagitau uitm mana yang aku dapat kay !
bye uolls :D

Wednesday, 29 April 2015

Acah-acah bakal cikgu :D

"jangan terlalu mengharap kelak sakit pabila harapan tidak menjadi kenyataan"

assalamualaikum si cantik comel =D

Kelmarin was just another tiring day . Okay , meh la aku cerita details and the full story ye . Kisahnya bermula begini , pada [berapa haribulan ntah aku pun tak ingat] aku bukak website ipg , nak check aku dapat ke tak interview , tak expect pun sebenarnya nak dapat iv tu sebab aku punya pendirian tak nampak macam cikgu pun la HAHA .

But takdir Allah menetapkan , aku dapat iv tu , and iv tu akan dibuat pada 28 april 2015 , as stated .

so , aku ni bukan jenis nak hafal current issues apa bagai semua ni , just prepare sijil-sijil and documents yang dia suruh bawak je la . Seminggu aku duduk rumah and tunggu tarikh 28th tu , without any searching and studying . Sebab bagi aku , kalau hafal bebanyak pun , aku takut lagi gabra bila terlupa skrip . Kan ? So , aku ada la jugak baca sikit-sikit . Bukannya tak baca langsung . Hehe .

Aku dapat iv tu dekat IPG Pulau Pinang , so ayah aku planning dengan ayah Hakimah (cg suib) nak konvoi pergi pulau pinang a day before the iv sebab hakimah pun dapat iv pada hari n tempat yang sama dengan aku . Oh , btw , hakimah ni kawan aku hehe . Nak survey tempat dulu katanya . Takut nanti sesat apa pulak kan . Dah laa kami duduk kat Kedah . nak pergi Penang pepagi buta memang not the right choice . Lagipun ayah aku bukan expert sangat jalan Pulau , kalau prai boleh la lagi . 

so , petang tu [27 april] pukul 3 petang , kami pun bertolak la ke sana . Plan nak jumpa ayah Kimah dekat hentian Gurun la . 

___________________________________________________________


So , jumpa kat gurun then kereta ayah pun ikut lh kereta cg suib . Bila sampai je kat jambatan pulau pinang , dah jalan pun banyak kereta , ayah potong la kereta cg suib ni . Ingatkan dia nak potong kereta kami balik , rupanya tak potong lagi . Sampai je seberang sana , eh tetiba ayah tersilap masuk lorong nak pergi bayan lepas , sepatutnya kena pergi lorong georgetown la kan . lepastu kami semua macam tawakkal je la . Nanti cg suib perasan lah kut yang kami ni dah tersalah jalan . Huhu .

Then makin lama makin dalam pulak , ye la otw bayan lepas kan , jalan pulak tak jumpa-jumpa UTURN nya . Lupa kata ada waze , kami pun bukak laa , belek-belek waze tu , nampaknya kena teruskan prjalanan laa , nak jumpak uturn pun kemain jauhnya . Kami berhenti kereta jap kat tepi jalan tu , eh tetiba je nampak kereta cg suib lalu , haaaa ! ayah pun cepat-cepat la follow balik . Laaa cg suib pun tersalah jalan ke apa ? Kami pun dengan riak redha , follow je lah , konvoi bersama , sesat bersama kihkih :'D

Bila sampai je dekat area perindustrian , Allahu ! traffic jammed pulak . Memang haru biru lah jadinya , Time kami Terkandas dalam traffic jammed tu dalam pukul 6 , nak tunggu kereta bergerak tu memang lama , sampai pukul 7.30 malam dah , kami baru boleh uturn nak pergi cari ipg tu kononnya padahal dekat je pun , dah tersilap jalan awal-awal tadi kan ~ sob sob :'|

Round punya round penang tu , tak jumpa lagi ipg tu sebenarnya , ingatkan planning nak pergi hotel laa , tapi dah tak tau selok belok jalan tu kan , nanti pergi cari hotel , tersesat pulak . Last-last kami dua family tumpang je rumah anak sedara cg suib dekat je dengan area tu . kebetulan , anak sedara dia tu cakap nak tolong tunjukkan jalan ke ipg esok tu . Fuh lega la dah ada tour guide . hihi .

Balik tu rehat punya rehat , sembang tak ingat dunia . Study tak pun . haha .
Then , pagi tu kami bertolak pukul 7 pagi , berpakaian ala-ala cikgu lah aku dengan kimah ni . Haha . Sampai je situ , kami kumpul dalam bilik , lecturer tu bgi taklimat , cara susun sijil bla bla bla , then dia cakap kami ada 4 sesi . Sesi 1 pukul 9 kut , sesi 2 pukul 11 , sesi 3 pukul 2 petang and sesi 4 pukul 4 petang . Eh , pukul 4 ? Aku ni yang semangat berkobar-kobar tadi terus hilang . pukul 4 kot ! Aku memang dapat sesi 4 pun . Kimah pun sama . Punah harapan nak balik awal and ronda-ronda penang huuuuuuu~

Tik tok tik tok masa berlalu , aku and kimah sakan berselfie , 

cikgu tak matured ehh ?





Ada gaya cikgu tak ? muehehe





seriously rasa macam lama sangat nak kena tunggu . Dalam pukul 10.45 if i'm not mistaken , ada lecturer ni datang , dia tanya "siapa kat sini dapat sesi dalam bilik A , sesi 3 ?"
Kami be like 'krik krik' . Tapi aku pulun jugak angkat tangan , aku cakap "saya bilik A tapi sesi 4" then dia pun tanya aku nak join ke tak , bebudak sesi 2 dengan 3 gabung during the iv sebab ramai yang keluar berkeliaran so tak cukup orang . Aku pun angguk je laa , kalau iv awal boleh la balik awal , kan ? hihi . So , iv ni memang buat dalam group , satu group actually kena ada 7 orang during the iv , tapi dah gabung sesi 2 , 3 n 4 pun baru ada 6 orang . Ye la , semua pakat expect sesi temuduga tu start lambat , so ramai la yang keluar dengan parents dulu . Nasib baik aku tuggu kat situ , boleh iv awal . Lega la sikit .


Okay , dalam bilik tu berlakulah sesi temuduga . And paling aku gabra , fully english speaking kot time iv tu , aku pun dengan gaya yang profesional meletops , auta je lah apa pun yang nak terkeluar dari mulut , english pun dah macam kubota , tersekat-sekat , gagap tu memang lah . Dah la kawan-kawan yang lain , perghhh ! Kalau dengar bebudak tu speaking memang terasa kerdil je . huhu . English bebudak tu memang kaw kaw punya . Nak cakap pulak kena rebut peluang pulak kan .


So , duduk dalam bilik tu dalam 40 minit kut , then selesai ! haha .
Aku tak balik lagi lepas tu , tunggu kimah pulak . Dia punya sesi pukul 2 petang so aku pun tunggu la dia . hehe . Dalam pukul 3 , dah habis semua , balik lah kami , haluan masing-masing ceh ! 

So , that's all for today !
kbye .




I'm Promoting :]

"sebajet-bajet aku , bajet lagi kau hahahahahaha"

Assalamualaikum and good evening guys yang membaca =D

Disebabkan ada sorang budak ni dah bising sebab aku tak post lagi pasal dia , harini nampak macam tak busy so aku mulakan lah promoting budak ni kat belog terchenta aku ni . So , 'the person' is a boy . Nama dia Najmi Rasyidun bin Rosman .*aku pun tak ingat nama dia ada 'muhammad' ke tak . my bad . hehe


Dia ni budak kelas aku dulu . Haaa , ex-classmate laa . Budak ni boleh dikatakan kawan baik aku la , walaupun tak berapa nak baik sebab dia cakap otak aku gelong . Aku pulak cakap dia yang gelong . So aku rasa both of us memang dah gelong . HAHA .


Aku ni kenal dia tak la berapa lama sangat , baru dua tahun kenal . sebab dia masuk sekolah aku time form 4 . Baru dapat sekelas dengan dia time form 5 . So kat sini bukan nak cerita kisah aku dan dia [sebab kami bukan ada apapa pun hahahaha]


Oleh hal yang demikian , tujuan post ini ditulis adalah untuk mempromote budak gelong ni . Jadi eloklah patik memperkenalkan manusia yang telah diceritakan perihalnya serba sedikit sebentar tadi .


Here is him ! Comel tak comel tak ? hihi

Nampak tu dia tulis "i'm single" tuu ? Haa , betul la tu . Dia single lagi . HAHA .




Aku and kawan-kawan yang lain panggil dia Najem . Taktau la orang lain panggil dia apa . HIHI . I'm promoting him because he loves to befriend with anyone . Eh , aku tau laa , dia kan kawan aku . Najem ni friendly tau ! Do text me if you want his number . Dia single wehh ! hahahaha . 


Tu je la gambar dia yang aku ada sebagai tanda nak promote . Sebab dia bagi banyak tu je . Kedekut ! haha . Dia takut kalau aku letak gambar dia banyak-banyak dalam ni , nanti ada orang mengurat dia kihkihkihhh =D tipu je .

Haaa , ni aku sertakan sekali wechat id dia : najmirasyidun_97
Mana lah tau kot-kot ada orang yang baca belog aku ni , tetiba kebetulan nak berkenalan dengan najmi rasyidun ni ke , kawan tadika lama dia yang dah 12 tahun  terpisah pastu nak sambung silaturrahm ke , terjumpak kat shopping mall ke , mana tau kan . 

Hmmm , for your info , Najem sekarang dah tak duduk dekat Kedah dah . Dia pindah ke Klang baru-baru ni . So sesapa yang nak bertegur sapa dengan dia kena cakap keyel tau . Kalau cakap kedah nanti dia tak faham . Okay , auta je ! haha

Aku pun dah taktau nak promote , aku bukan reti promote , but bagi aku dia seorang kawan yang baik la . Sometimes kalau aku bosan  , aku kacau dia . Hopefully persahabatan kami kekal . Takmau gaduh-gaduh ye . HAHAHA .

p/s : weh , aku dah promote dah ni haaaaaaaa . cepat belanja aku eskrem ! haha .

kbye .


Saturday, 25 April 2015

Tidak Ada Makhluk Yang Kekal

"makhluk itu bersifat baharu , 
jadi tidak ada satu pun yang kekal kecuali Allah swt"

Assalamualaikum wbt

Morning =D 

Sedih hmm . Kucing aku yang berjumlah 10 ekor tu dah tinggal 4 ekor . Patut la setiap kali buka pintu , dah takda dah yang menunggu kat depan tu , takda dah nak serbu masuk rumah sebab nak mintak makanan . takda dah suara miaw miaw tuu . Rupanya kucing-kucing tu dah termakan racun apa ntah . 

Time dapat tau tu , memang tahan je air mata . Takut aku lemah lagi macam dulu . Walaupun dah berkali-kali aku ingatkan diri aku , jangan terlalu sayangkan kucing-kucing tu , and aku pun selalu je ignore , aku tak bagi nama pun kat kucing-kucing tu , sebab aku takut dengan adanya nama untuk aku panggil , aku akan jatuh sayang . Seekor je aku bagi nama , aku panggil dia Gemokk sebab bulu dia gebu n panjang-panjang tak macam adik beradik dia yang lain . Luckily , Gemokk is still alive . Alhamdulillah . 

Sedih bila anak kucing tu tinggal seekor , mak dengan adik-beradik dia yang lagi tiga ekor tu pun dah takda . Semalam bila aku bukak je pintu , anak kucing tu pandang aku macam sedih je . Lepastu mengiau pulak dekat aku . Memang sedih la . Selalunya tiap petang mesti nampak dia main lari-lari dengan adik beradik dia . Tapi sekarang .. hmm ..


Maaf laa post aku yang mengarut blablabla hanya pasal kucing je . Aku mana ada adik , kakak abang pun macam tak wujud , masing-masing kerja . So hidup aku dari kecil bertemankan kucing-kucing aku la . Alaa , lagipun bukan ada sesapa pun nak bukak blog aku ni . So aku suka luahkan kat sini . 

Adios~