Assalamualaikum,
(sebelum baca,sila sediakan bantal dan selimut,
takut nanti anda ditemani mata yang sudah tak
mampu menahan keperitan akibat terlalu lama
bertahan untuk membaca post saya yang
teramatlah panjang dan berbelit-belit ini)
psss...pssss...(eh,ini bukan bunyi gosip hangat
atau bunyi penyembur racun serangga) tapi...
INI KISAH BENAR,
al-kisah pada suatu hari,
pada tanggal ** januari 2010,
(oh,saya pun tak ingat berapa haribulan,hehe)
terjejaklah kaki seorang hamba Allah
kebumi SMKAS yang berdiri megah,
(ya,saya lah tu)
seorang insan yang lemah,
tidak punyai sesiapa.
Hari-harinya ditemani kesepian dan kesedihan
yang kian membuatkan titisan mutiara
jernih terbit di kelopak matanya...
saban hari dia berjalan,
mencari teman buat menjadi
penyeri hidup yang bergelar...
SAHABAT SEJATI
terus bertahan untuk mencari ilmu
hari demi hari berlalu,
tiada siapa yang tahu...
keperitan hati seorang hamba ini...
akan tetapi,
SAHABAT SEJATI yang dicari,
akhirnya ditemui...
keikhlasan dan kesetiaannya
sukar dicari ganti...
tanpa kehadirannya
diri ini menjadi sepi...
ketulusan jiwanya
membuatkan diri ini
sedar bahawa dialah sumber
ketabahan untukku terus merangkak
dan berjalan...
hingga aku bisa berlari...
pabila aku sedih
dialah sumber kekuatanku,
pabila aku menangis
dialah bahu untukku rebahkan,
pabila aku gembira
dialah yang pertama kulihat tertawa,
suka duka dilalui bersama...
pahit getir hidup ditempuh jua...
onak dan duri ranjau kehidupan,
kisah hidup sepahit hempedu...
ditelan tanpa punya pilihan...
dialah sahabat...
dialah teman...
dialah yang ku cari...
teman yang sejati...
buat menemani...
perjuangan suci...
SAHABAT...
kau sesungguhnya...
temanku hingga akhir waktu...
pabilaku rebah tersungkur,
kau tiupkan ketabahan...
untukku bangun semula...
mengecap kejayaan yang diimpikan...
ohh teman yang bergelar sahabat...
ku ingin kau tahu,,,
diriku disini...
menanti dirimu...
meski ku tunggu hingga hujung waktuku...
dan berharap persahabatan ini...
kekal selama-lamanya...
p/s:post ini saya tujukan khas
untuk BFF saya.You know who,right?
p/ss:hope sesapa yang telah berair
matanya,sila pi basuh muka,kaihh!
hahaha!
p/sss:opss! terhiperbola pulak yang
kat atas tuhh,takla panjang mana pun
cerita saya niey.takpala,sekali
sekala nak bermadah puitis
buat tatapan kawan-kawan,tak salahkan???
ok2...dah,tak tulih dah.
I.N.I.B.L.O.G.S.A.Y.A
Friday, 30 September 2011
huh~
ASSALAMUALAIKUM,
Fuhh,sumpah la hari ni memang penat.
buat apa??? taktau laa.
Tapi memang teramatlah penat.
Anda yang membacanya janganlah mengikut jejak langkah saya iaitu;
PENAT.
ehh,maap...maap...termerapu sat tadi. haha.
ok. saya dah penat merapu.
chow! (=
Fuhh,sumpah la hari ni memang penat.
buat apa??? taktau laa.
Tapi memang teramatlah penat.
Anda yang membacanya janganlah mengikut jejak langkah saya iaitu;
PENAT.
ehh,maap...maap...termerapu sat tadi. haha.
ok. saya dah penat merapu.
chow! (=
Subscribe to:
Posts (Atom)